Tujuh cara fokus dalam belajar – Rahsia jadi pelajar terbaik

Sumber: GPSbestari.com

NAK berjaya memang tak mudah. Kena banyak ilmu. Dari belajar kita dapat banyak ilmu. Tapi untuk betul-betul dapat manfaatkan masa kita untuk belajar, kita harus fokus.

Apa jadi bila tak fokus? Kita akan membazir masa. Contohnya, ada dua jam untuk belajar tapi yang betul-betul kita fokus hanya 15 minit.

Mana hilang masa yang lain? Haaa, terbuang layan FB dan Whatsapp, berborak dengan kawan, tengok tv dan lain-lain. Akhirnya, tak tahu  dua jam tu dapat belajar apa je,

Orang yang tak fokus akan gagal. Setiap orang pernah gagal. Setiap kali gagal, kita perlu teruskan perjuangan.

Muhasabah diri dan cari punca kenapa kita gagal.

Jom semak tujuh cara untuk fokus dalam belajar.

CARA #1: Cari tempat belajar yang sesuai

Bilik tidur tak sesuai jadi tempat belajar. Carilah tempat yang bersih dan cantik, ada kerusi yang selesa. Yang penting bebas dari tv, komputer atau telefon. Jauhkan sebarang gajet dari anda. OFFkan dan putuskan network internetnya.

CARA #2: Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk belajar.

Pastikan semua barang yang kita nak guna masa belajar dah sedia ada. Pen, buku, pemadam, kalkulator dan sebagainya.

Ia adalah sangat mengganggu masa belajar kalau ada benda tiada di meja dan kita tinggalkan tempat belajar untuk cari alat tersebut. Semangat pun boleh tiba-tiba hilang tau.

CARA #3: Cari teman belajar

Bila kita belajar seorang, ramai mengeluh sebab banyak hilang fokus, mungkin sebab mengantuk atau layan gajet. Cuba cari teman untuk belajar yang ada kesungguhan dan fokus.

Jangan pilih teman baik yang suka berborak, nanti habis masa sebab berborak sahaja. Rugi!

Tip pilih teman belajar

1) Adakala belajar dengan teman tidak sesuai. Jika anda seorang ekstrovert (suka bergaul dan gemar bercakap), anda tidak sesuai belajar bersama teman. Jika anda sebaliknya, bersifat introvert dan pemalu, anda mungkin sesuai pilih teman untuk belajar. Tetapi ia tidak jamin juga jika teman anda seorang yang suka berbual.

2) Pilih seseorang yang lebih bijak dari anda. Ia nampak remeh, tapi ramai yang tak perasan tips ini sangat bantu dapatkan hasil belajar yang jauh lebih positif.

Bacaan lanjut: https://www.gpsbestari.com/tip/tip-belajar/tujuh-cara-fokus-dalam-belajar-rahsia-jadi-pelajar-terbaik-1.701746