STPM Terbaik Gombak

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 telah diumumkan pada 25 Februari 2020 pada jam 12 tengah hari.

SMK Gombak Setia masih mengekalkan PNGK tertinggi di daerah Gombak walaupun berlaku sedikit penurunan 0.08 berbanding tahun sebelumnya.

Bagi keputusan STPM tahun 2019, 2 orang pelajar berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 sementara 64 orang pelajar telah memperoleh PNGK antara 3.00 hingga 3.92.

Sekalung tahniah diucapkan kepada para pelajar Tingkatan 6 tahun 2019 di atas keputusan yang diperolehi dan setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan khas buat semua guru yang amat komited, berdedikasi dan bersungguh-sungguh dalam mendidik para pelajar.

Yang pasti, selepas ini ada yang akan menjejakkan kaki ke dunia pengajian tinggi, universiti, kolej dan sebagainya, dan ada juga yang akan menceburi bidang pekerjaan. Tidak kira apa jua bidang yang dipilih, diharap para pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan.

Selamat maju jaya & tahniah diucapkan!