Program Sinar Kasih Syawal

Pada 1 Mei 2021 yang lepas, Unit Kebajikan dan HEM dengan kerjasama pihak PIBG dan Alumni SMKGS telah menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada seramai 65 orang murid Tingkatan 1 dan 2. Semoga dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban murid-murid asnaf SMKGS.

Program Sinar Kasih Syawal (SKS) di bawah unit Kebajikan dan Bantuan HEM dengan kerjasama PIBG , Alumni, koperasi dan sumbangan individu telah berjaya memberi sumbangan pek barangan dan duit raya kepada hampir 320 orang murid kategori Asnaf, anak yatim dan B40. Semoga sumbangan yang diberikan dapat memberi sinar keceriaan di hari lebaran . Selamat Hari Raya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *