Program JOM ke Sekolah

Program Jom ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antaraKementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia(PDRM) dalam usaha  menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungansekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jalinan yang mantap ini, antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah  selamat dan amalan guru penyayang. Dengan kehadiran ASP Syed Azizi, selaku Ketua Polis Balai Gombak dalam perasmian Program Jom Ke Sekolah ini di harap dapat menjadi medan ke arah membentuk sahsiah murid yang lebig positif.