PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG )

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GOMBAK SETIA

 Nama dan Alamat

  1. Persatuan ini adalah dikenal dengan nama :

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK GOMBAK SETIA

 2. Alamat yang didaftarkan bagi Persatuan ini ialah :

SMK Gombak Setia, Jalan Seri Setia, 53100 Gombak, Selangor.

 Tujuan- tujuan Persatuan

 3. Tujuan-tujuan Persatuan ialah untuk :-

 (i)        mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-murid di dalam Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia (SMKGS) dalam meningkatkan imej SMKGS;

 (ii)       membantu dan menambah usaha SMKGS dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka;

(iii)      membolehkan ibu bapa dan guru dalam SMKGS bertukar- tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan;

 (iv)      memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam SMKGS berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka amnya; dan

 (v)       membolehkan ibu bapa dalam SMKGS untuk berusaha menambah kewangan SMKGS dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.

Fungsi Persatuan

 4. Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai tujuan-tujuan Persatuan yang dinyatakan di perenggan 3, seperti:-

 (i)        membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid;

 (ii)       menambah sumber kewangan SMKGS bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di SMKGS;

 (iii)      meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara SMKGS dengan masyarakat setempat; dan

 (iv)      meningkatkan keceriaan premis SMKGS supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.