Penetapan Target STPM 2020

Pada 17 Januari 2020, telah diadakan majlis penetapan sasaran STPM bagi semua pelajar Tingkatan 6 semester 2 tahun 2020.

Objektif program :

1.  Memberi kesedaran kepada semua pelajar Tingkatan Enam bahawa mereka semua bakal menghadapi peperiksaan penting pada tahun ini.

2. Meningkatkan prestasi akademik para pelajar dengan meletakkan suatu target atau sasaran bagi setiap mata pelajaran.

3. Meningkatkan semangat dan motivasi diri dalam kalangan pelajar supaya berusaha bersungguh-sungguh

4. Memberi peluang kepada para pelajar untuk membaiki sahsiah diri dan merapatkan silaturrahim di antara guru dan pelajar

Majlis dimulai dengan bacaan doa, diikuti dengan taklimat peperiksaan, disiplin dan kokurikulum. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada PK Tingkatan Enam, Puan Normawati binti Abd Rashid. Tuan Pengetua, Encik Samsuki bin Sudin juga sempat memberikan kata kata semangat kepada para pelajar supaya mereka terus berusaha mencapai target yang telah disasarkan. Seterusnya, para pelajar membaca ikrar yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Tingkatan Enam, Muhammad Nur Harraz bin Mohd Nazri. Majlis disudahi dengan sesi menampal kad penetapan target dan sesi fotografi bersama Tuan Pengetua dan barisan guru Tingkatan Enam.

Diharapkan semoga semua pelajar dapat merealisasikan apa yang mereka sasarkan agar kejayaan berada dalam genggaman tanpa melupakan tanggungjawab kepada ibubapa dan Pencipta