MAKLUMAN

Assalamu’alaikum wbt dan Salam Sejahtera . Semoga ibu bapa / penjaga murid-murid sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Berikut adalah peringatan mesra buat para Ibu Bapa / Penjaga murid-murid . Sebagaimana makluman yang telah dikeluarkan oleh KPM mengenai PdPc bersemuka untuk semua murid sekolah menengah mulai 5.4.2021 (Isnin) pihak sekolah akan mengambil langkah-langkah pematuhan SOP sepanjang keberadaan murid-murid di sekolah.

  1. Ibu Bapa atau Penjaga atau ahli keluarga murid yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19perlu kuarantin diri** di rumah dan murid dibenarkan untuk tidak hadir ke sekolah. Murid perlu memaklumkan kepada guru kelas .
  2. Murid-murid yang tidak sihat dengan gejala seperti batuk, selsema, sakit tekak,sesak nafas, atau demam dinasihatkan untuk tidak hadir ke sekolah dan memaklumkan ketidakhadiran kepada guru kelas.
  3. Semua murid akan masuk ke kawasan sekolah melalui arah yang telah ditetapkan . Masuk ke sekolah melalui pintu pagar depan surau (Pintu pagar no. 2 atau pintu pagar no. 3) dan pintu pagar no. 5 bagi pelajar tingkatan 6).
  4. Murid wajib membasuh tangan di tempat yang disediakan atau
    menggunakan hand sanitise .
  5. Murid wajib mengambil suhu sebelum bergerak ke kelas atau zon berkumpul bagi murid petang.
  6. Jika suhu murid lebih daripada 37.5 celcius, murid tidak dibenarkan masuk ke kelas . Murid perlu ke bilik isolasi dengan iringan guru bertugas . Guru akan menghubungi ibu bapa/penjaga untuk mengambil murid balik .
  7. Bagi murid sesi pagi yang membawa motor diminta meletak motor di padang melalui pintu pagar no. 4. Kemudian keluar semula ke pintu pagar no. 2 untuk membasuh tangan /hand sanitizer dan saringan duhu .
  8. Bagi murid pagi yang datang awal . Mereka akan ditempatkan di zon menunggu di dalam dewan. Bagi murid petang tempat berkumpul di surau , dewan, kantin dan gelanggang blok A.
  9. Murid hendaklah berjalan masuk dan balik mengikut arah yang ditetapkan.

Murid pagi perlu berada di sekolah selewat-lewatnya 7.20 pagi dan murid petang jam 12.55 tgh (Isnin-Khamis) / jam 2.20 (Jumaat)..

  1. Murid akan balik secara berperingkat mengikut jadual kelas masing-masing.
    Ibu bapa dan penjaga diminta merujuk kepada jadual waktu kelas.
  2. Murid yang berada di :
    Blok A dan E akan pulang melalui pintu pagar no. 1 / pintu pagar no.5 bagi pelajar tingkatan 6 . Murid di blok F dan G pulang melalui pintu pagar depan surau no. 2 atau no. 3.
  3. Murid yang pulang bersama ibu bapa/penjaga perlu menunggu di kawasan depan sekolah . Pastikan ada penjarakan anggaran 1 meter.
  4. Murid perlu memakai ‘mask’ dan menjaga penjarakan fizikal dengan guru dan rakan, sepanjang berada di kawasan sekolah.
  5. Murid perlu beratur untuk membeli makanan dan minuman di kantin /koperasi . Murid digalakkan membawa bekal dari rumah .
  6. Semua makanan adalah berbungkus dan tidak dibenarkan berkongsi makanan .
  7. Murid diminta makan di dalam kelas dan membersihkan meja selepas makan .
  8. Bekas makanan perlu di buang dalam tong sampah bertutup di luar kelas. Tong basuh tangan juga disediakan di luar kelas.
  9. Peraturan SOP ketika berada dalam kelas, surau dan penggunaan tandas boleh merujuk kepada lampiran yang disediakan .
  10. Semua murid tidak dibenarkan untuk memakai baju tshirt PJ sehingga arahan baru dikeluarkan.
  11. Semua murid lelaki tidak dibenarkan berambut panjang dan perlu berpakaian kemas.

Bersama kita doakan semoga wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia ini segera diangkat oleh Allah S.W.T.

Kerjasama yang dihulurkan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

EN. MOHD ZAIKHAM BIN HUSIN
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (HEM)
SMK GOMBAK SETIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *