Jatuh cinta dengan kawan sendiri? Apa hendak buat?

Sumber: Harianmetro.com.my

Basyar Mustapha mahu pembaca faham perasaan sendiri dan mempunyai kekuatan jika jatuh cinta terhadap kawan sendiri.

Ada yang mengatakan hubungan cinta terbaik bermula dengan ikatan persahabatan. Daripada sebuah jalinan persahabatan, kita sebenarnya dapat mengenali pasangan dengan lebih baik.

Namun, apabila kita berasa kita sudah jatuh cinta dengan rakan sendiri, susah juga sebenarnya mahu menghadapi perasaan itu.

Bagaimana kita hendak membawa perhubungan sebagai rakan itu ke tahap yang lebih istimewa? Apakah kita hanya bertepuk sebelah tangan?

Apa yang kita patut harapkan dan apa pula yang harus dilakukan?

Pastinya kita tidak mahu merosakkan perhubungan yang sedia ada.

Sebenarnya anda perlu memahami situasi dan tahu apakah tip atau langkah yang patut diambil.

Pastikan perasaan itu

Boleh dikatakan salah satu sebab seseorang jatuh cinta dengan kawan sendiri kerana berasa dia juga mempunyai perasaan yang sama.

Sebelum kita berfikir begitu, pastikan kita membaca tandanya dengan betul dan berhati-hati.

Betulkah rakan itu juga benar-benar mempunyai perasaan yang sama? Kalau ada ini mungkin tandanya.

Baca selanjutnya: https://www.hmetro.com.my/node/18284