Doa Belajar untuk Menghafal Al Quran

doa belajar menghafal al quran tidak mudah lupa

Sumber : Povit.my

“Ya Allah jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang apabila memandang bahan bacaan dengan sekali pandangan mereka sudah menghafal kandungan dalamnya , memahaminya , mengamalkannya dan menyampaikannya.

Ya Allah sesungguhnya aku menyimpankan kepadaMu apa-apa yang telah Kau ajarkan kepadaku maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya dan janganlah Engkau melupakan daku akannya wahai Tuhan sekalian alam .”

Doa belajar ini hendaklah diamalkan/dibaca 3 kali sebelum mula belajar ketika selepas solat. Antara tips atau panduan dalam mengamalkan doa ini ialah :

menjaga solat 5 waktu,
hormati ibubapa dan guru,
menjaga pandangan mata
elakkan daripada melakukan dosa dan maksiat
Imam As-Syafie r.a pernah mengadu kepada gurunya iaitu Imam Waqi’ akan lemah hafalannya. Maka Imam Waqi’ menasihatkan beliau supaya meninggalkan dosa , kerana ilmu adalah cahaya Ilahi dan cahaya Ilahi tidak akan diberikan kepada pelaku maksiat.

Selain daripada itu, menurut al-Marhum Kiyahi Mahfudz Sya’roni; yang merupakan seorang alim di Magelang, Jawa Tengah, Indonesia; sesiapa yang mengamalkan doa dibawah ini insya Allah tidak akan mudah lupa terhadap ilmu yang dipelajari. Ianya hendaklah dibaca tiga kali selepas belajar, mengaji atau mendengar ilmu yang disampaikan oleh guru. Doanya begini :

Bacaan lanjut : https://provit.my/doa-belajar/