Tingkatan 6

Ujian Mac telah bermula
Tingkatan 6

Ujian Mac telah bermula

Musim penilaian prestasi akademik telah bermula pada minggu ini. Semua murid menjalani Ujian Mac bermula pada 4 Mac sehingga 8 Mac 2019. Semoga terus kekal berjaya untuk mencapai prestasi cemerlang 2025
Program Lawatan Deligasi Indonesia ke SMKGS
Tingkatan 6

Program Lawatan Deligasi Indonesia ke SMKGS

SMKGS 20/3/2019- PROGRAM LAWATAN DELEGASI DARI INDONESIA. SERAMAI 60 ORANG MURID DAN 13 ORANG GURU. TERIMA KASIH BUAT SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU PUN TIDAK LANGSUNG SERTA YANG MEMBERI SOKONGAN DALAM PROGRAM PROGRAM LAWATAN DARI INDONESIA. SEMOGA KITA TERUS KEKAL BERSATU DEMI GS.TERIMA KASIH
Perhimnpunan pertama Sesi Persekolah 2020
Tingkatan 6

Perhimnpunan pertama Sesi Persekolah 2020

Perhimpunan rasmi sesi persekolahan tahun 2020 telah dia adakan bermula jam 7.30 pagi dan telah dirasmikan oleh En Zaikham Hussin selaku PK HEM SMK Gombak Setia. Beliau mengalu-alukan kehadiran murid bagi sesi tahun 2020 dengan ucapan kata-kata semangat untuk meneruskan agenda mencabar bagi tahun 2020. Ini sebagai satu titik permulaan untuk semua murid agar terbentuk jati diri dan sahsiah yang dapat menzahirkan kejayaan di dunia dan akhirat.
Program PENYAYANG SMKGS
Tingkatan 6

Program PENYAYANG SMKGS

Pendidikan adalah aktiviti berkaitan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Sekolah sebagai organisasi yang didukung golongan pendidik menjadi wadah terpenting dalam menjana modal insan yang berketrampilan, terpuji di samping melahirkan insan yang intelektual. Hari ini, bidang pendidikan menjadi tonggak utama sesebuah negara dalam proses pembangunan. Maju atau mundur sesebuah negara terletak pada keberkesanan dalam sistem pendidikannya.   Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan konsep ‘Sekolah Penyayang’ untuk melahirkan pelajar berketrampilan, sekali gus membendung salah laku murid.  Konsep Sekolah Penyayang merupakan salah satu konsep yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Ia mempunyai hubungan yang cukup erat den...
Penetapan Target STPM 2020
Berita Utama Sekolah, Tingkatan 6

Penetapan Target STPM 2020

Pada 17 Januari 2020, telah diadakan majlis penetapan sasaran STPM bagi semua pelajar Tingkatan 6 semester 2 tahun 2020. Objektif program : 1.  Memberi kesedaran kepada semua pelajar Tingkatan Enam bahawa mereka semua bakal menghadapi peperiksaan penting pada tahun ini. 2. Meningkatkan prestasi akademik para pelajar dengan meletakkan suatu target atau sasaran bagi setiap mata pelajaran. 3. Meningkatkan semangat dan motivasi diri dalam kalangan pelajar supaya berusaha bersungguh-sungguh 4. Memberi peluang kepada para pelajar untuk membaiki sahsiah diri dan merapatkan silaturrahim di antara guru dan pelajar Majlis dimulai dengan bacaan doa, diikuti dengan taklimat peperiksaan, disiplin dan kokurikulum. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada PK Tingk...
STPM Terbaik Gombak
Berita Utama Sekolah, Tingkatan 6

STPM Terbaik Gombak

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 telah diumumkan pada 25 Februari 2020 pada jam 12 tengah hari. SMK Gombak Setia masih mengekalkan PNGK tertinggi di daerah Gombak walaupun berlaku sedikit penurunan 0.08 berbanding tahun sebelumnya. Bagi keputusan STPM tahun 2019, 2 orang pelajar berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 sementara 64 orang pelajar telah memperoleh PNGK antara 3.00 hingga 3.92. Sekalung tahniah diucapkan kepada para pelajar Tingkatan 6 tahun 2019 di atas keputusan yang diperolehi dan setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan khas buat semua guru yang amat komited, berdedikasi dan bersungguh-sungguh dalam mendidik para pelajar. Yang pasti, selepas ini ada yang akan menjejakkan ...