Panitia dan Pengajaran Kelas

Perkongsian aktiviti Panitia dan warna-warna pengajaran didalam kelas dan di luar kelas.

Bengkel Penetapan KPI Subjek Panitia
Panitia dan Pengajaran Kelas

Bengkel Penetapan KPI Subjek Panitia

Usaha untuk memantapkan lagi pembentukan Pelan Strategik SMKGS, pasukan GKMP sekolah telah mengadakan bengkel kepada ketua-ketua panitia subjek bagi mengukuhkan lagi penetapan KPI bagi setiap subjek. Langkah ini adalah salah satu stretegi dalam meningkatkan prestasi murid dalam peperiksaan.
Mesyuarat Pertama Tahun 2020
Panitia dan Pengajaran Kelas

Mesyuarat Pertama Tahun 2020

Mesyuarat pertama guru bagi sesi persekolahan tahun 2020 telah dijalankan dengan jayanya pada 30 disember 2019 bertempat di International Islamic Collage (IIC) batu Caves, Gombak .Selangor darul Ehsan. Semoga segala perancangan kekal cemerlang untuk mendidik serta melahirkan anak-anak bangsa yang bersahsiah terpuji serta berjaya dalam segala bidang
Program BICARA MUDA
Panitia dan Pengajaran Kelas

Program BICARA MUDA

Pada penutup program orientasi tingkatan 4 ini, murid telah diberikan 1 sesi bicara muda yang telah di sampaikan oleh Ustaz Norhelmee b Zainal Abidin. Sungguh besar dan banyak intipati pengisian perkongsian ilmu pada sesi ini.
Program JOM ke Sekolah
Hal Ehwal Murid (HEM), Panitia dan Pengajaran Kelas

Program JOM ke Sekolah

Program Jom ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antaraKementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia(PDRM) dalam usaha  menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungansekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Jalinan yang mantap ini, antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah  selamat dan amalan guru penyayang. Dengan kehadiran ASP Syed Azizi, selaku Ketua Polis Balai Gombak dalam perasmian Program Jom Ke Sekolah ini di harap dapat menjadi medan ke arah membentuk sahsiah murid yang lebig positif. 
LADAP Teambuilding
Panitia dan Pengajaran Kelas

LADAP Teambuilding

Pada sabtu 11 januari 2020, telah di jalankan satu LADAP team building oleh Unit Ko-Kurikulum dibawah kelolaan Pn Samieh Ahmad selaku PK Ko-Kurikulum SMKGS. Banyak yang telah diperolehi oleh guru-guru antaranya: KELEBIHAN BEKERJA SEBAGAI PASUKAN Meningkatkan ransangan.Mengeratkan tali persaudaraan dan setia kawan antara pekerja.Sentiasa suka menghasilkan kerja yang paling baik.Mengurangkan sebarang pergeseran, atau berpuak-puak yang selalunya merupakan angkara yang tidak sihat.Mampu mewujudkan suasana yang intim.Mewujudkan perasaan seronok bekerja.Meningkatkan perasaan bangga kepada pasukan dan organisasi. LADAP ini dikendalikan sepenuhnya oleh En Mohd Kushairi bin Azman dari MKACS Group.
Disebalik LOVE..
Panitia dan Pengajaran Kelas

Disebalik LOVE..

Bidang bahasa telah menyediakan satu mini pentas bagi memberi peluang murid-murid untuk mencungkil bakat dalam perbahasan, perdebatan dan juga pengucapan awam. Di bawah kelolaan Pn NorAishah selaku GKMP Bahasa telah berlangsung kali pertama bagi sesi persekolahan tahun 2020 pengucapan awam bertajuk The Love oleh murid-murid tingkatan 5 IB yang terdiri daripada Nur Alesya, Aisya, Nurin Irdina, Ahmad Aiman dan juga Muhammad Arif.
Majlis perpisahan Pn Che Esah
Panitia dan Pengajaran Kelas, Pengumuman

Majlis perpisahan Pn Che Esah

Tahniah kepada Pn Che Esah di atas kenaikan pangkat bagi mengalas tugas sebagai PK Petang SMK Sg Kertas. Majlis Perpisahan ini diadakan untuk meraikan hari terakhir Pn Che Esah selaku GKMP Kemanusian di SMK Gombak setia.Semoga Pn Che Esah terus berjaya cemerlang di tempat baharu.
Sesi PdPc Norma Baharu
Kurikulum, Panitia dan Pengajaran Kelas

Sesi PdPc Norma Baharu

Pembukaan semula sekolah berjalan lancar berpandukan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Amalan 3S sentiasa diperingatkan oleh guru kepada murid, iaitu Sesak (tempat sesak), Sempit (tempat sempit yang tertutup), Sembang (sembang berdekatan).