

12NovNo Comments
Sesi PdPc Norma Baharu
Pembukaan semula sekolah berjalan lancar berpandukan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Amalan 3S sentiasa diperingatkan oleh guru kepada murid, iaitu Sesak (tempat sesak), Sempit (tempat sempit yang tertutup), Sembang (sembang berdekatan).


11NovNo Comments
Kembali ke sekolah dalam suasana SOP CoVID
Selamat kembali bersekolah! Guru melakukan pemeriksaan suhu badan pelajar sebelum membenarkan mereka memasuki kelas masing-masing di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia, Selangor.Kementerian Pendidikan Malaysia#pelajar#sekolah#PKPP#NormalBaharu


11NovNo Comments
Dialog prestasi PT3 dan Tingkatan 4
Dialog Prestasi PT3 dan Tingkatan 4 bagi tahun 2019 telah di adakan pada 15 Januari 2020 yang di pengerusikan oleh pengetua SMK Gombak Setia, En Samsuki bin Sudin. Semua guru Penolong Kanan, Guru kanan matapelajaran, ketua panitia dan juga semua guru yang mengajar tingkatan 3 menghadiri majlis dialog prestasi ini bagi membincangkan keputusan PT3 dan juga peperiksaan akhir tahun bagi tingkatan 4 tahun 2019. Semoga dengan majlis dialog prestasi ini dapat meningkatkan lagi kejayaan SMK Gombak Setia di masa hadapan.


11NovNo Comments
Majlis penetapan target SPM 2020
Majlis Penetapan Target SPM 2020 ini merupakan satu majlis yang dilaksanakan bagi murid-murid dan juga ibu bapa dalam memastikan target dan pencapaian yang ingin dicapai dalam Peperiksaan SPM tahun 2020. Majlis ini merupakan usaha daripada pihak sekolah memberi peluang kepada ibu bapa untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Objektif bagi program ini adalah untuk dapat menentukan target dan matlamat yang jelas untuk SPM dan dapat menyuntik semangat belajar murid dengan sokongan ibu bapa dan bimbingan guru


11NovNo Comments
Program Jelajah sekolah (BLINK)
Alpanya saya; Hanyut dek Internet &Kawan (ASHIK) Oleh penceramah Tn Sunardi Maulan. Tajuk ceramah kali ini banyak memberi input bagi kesedaran kepada murid berkaitan internet, rakan sebaya dan penggunaan gajet yang amat serius di kalangan anak-anak muda masa kini. Dengan sedikit input ini sedikit sebanyak telah membuka minda serta kesedaran tentang penglibatan secara tidak sengaja dengan penggunaan gajet pada masa ini.