Hal Ehwal Murid (HEM)

Sayangi Dirimu
Hal Ehwal Murid (HEM), Terkini

Sayangi Dirimu

Unit Bimbangan dan Kaunseling akan melaksanakan 1 Projek Khas iaitu SAYANGI DIRIMU.Projek ini adalah projek memberi sumbangan makanan dan minuman yang akan diletakkan di depan bilik kaunseling utk murid-murid yang memerlukan kerana terkesan dengan pelaksanaan PKP 2.0. Murid-murid yang bekeperluan boleh mengambil makanan dan minuman tersebut sekali kenyang untuk meneruskan pembelajaran di sekolah.Pihak UBK membuka ruang dan peluang kepada warga guru dan Akp untuk menderma bagi menjayakan projek ini. Derma ini boleh diberikan ke UBK di sekolah.Projek ini akan dimulakan esok rabu 20 januari 2021
Mesyuarat HEM kali 1 2021
Hal Ehwal Murid (HEM), Terkini

Mesyuarat HEM kali 1 2021

Khamis 14 Januari 2021 telah di adakan mesyuarat HEM kali 1/2021. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Mohd Zaikham bin Husin selaku PK Hal Ehwal Murid. Mesyuarat tumpu kepada kesiapsiagaan sekolah membuka sekolah di waktu pendemik Covid 19 meningkat ini.
Program  Sumbangan Mask Kasih
Hal Ehwal Murid (HEM)

Program Sumbangan Mask Kasih

Aktiviti yang dijalankan dalam  program ini adalah bertujuan untuk memberikan sumbangan Mask  kepada keluarga murid yang layak terutama kumpulan miskin tegar dan B40. Sebanyak 100 Mask dan 40 botol hand sanitizer telah disumbangkan oleh pihak Pusat Tuisyen PRIMA kepada pihak sekolah
Program  Sanitasi dan Fogging
Hal Ehwal Murid (HEM)

Program Sanitasi dan Fogging

Aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah dengan bantuan pasukan sukarela Bomba Simpang 3 ini melibatkan aktiviti Sanitasi di sebelah pagi dan foggiing nyamuk  di sebelah petang. Program yang dijalankan ini di harap dapat mewujudkan suasana selamat dan selesa kepada warga sekolah .
Program  Sumbangan  Kiosk Tempat Basuh Tangan MERCY
Hal Ehwal Murid (HEM)

Program Sumbangan Kiosk Tempat Basuh Tangan MERCY

Aktiviti yang dijalankan oleh pihak MERCY Malaysia dalam  program ini adalah dengan menyediakan kiosk tempat basuh tangan kepada pihak sekolah . Pihak MERCY berharap dengan sumbangan ini akan dapat membantu pihak sekolah menangani Covid-19 dengan menggalakkan murid mengamalkan amalan membasuh tangan . Pihak MERCY turut memberikan sumbangan 20 kotak Mask untuk edaran kepada murid  kategori B40  dan 40 botol Hand Sanitizer kepada pihak sekolah
Program JOM ke Sekolah
Hal Ehwal Murid (HEM), Panitia dan Pengajaran Kelas

Program JOM ke Sekolah

Program Jom ke Sekolah adalah merupakan program kolaboratif antaraKementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia(PDRM) dalam usaha  menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungansekolah (PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Jalinan yang mantap ini, antara kedua-dua pihak dapat memastikan risiko salah laku dalam kalangan murid semakin menurun selaras dengan konsep sekolah  selamat dan amalan guru penyayang. Dengan kehadiran ASP Syed Azizi, selaku Ketua Polis Balai Gombak dalam perasmian Program Jom Ke Sekolah ini di harap dapat menjadi medan ke arah membentuk sahsiah murid yang lebig positif. 
Watikah pelantikan pemimpin Murid 2020
Berita Utama Sekolah, Hal Ehwal Murid (HEM)

Watikah pelantikan pemimpin Murid 2020

Majlis Pelantikan Pengawasdan pemimpin murid diadakan bagi memberi watikah pelantikan kepada Pengawas dan pemimpin sekolah agar tugas dan tanggungjawab mereka diiktiraf oleh pihak sekolah. Pada tahun ini, saudara Muhammad Aidil telah dipilih sebagai Ketua Murid. Tarikh : 24 Februari 2020Masa : 8.00 pagiDirasmikan Oleh : Tuan Shaikh (IIC) Majlis pada tahun ini menyaksikan seramai 82 orang pelajar telah dipilih sebagai pengawas untuk tahun 2020. Tahniah diucapkan, semoga pengiktirafan ini dapat meningkatkan tahap motivasi untuk menjalankan tugas dengan baik serta meningkatkan imej sekolah kita.
Gotong-royong Perdana 2020
Berita Utama Sekolah, Hal Ehwal Murid (HEM)

Gotong-royong Perdana 2020

Sabtu 22 Februari 2020 telah di adakan gotong-royong perdana bagi SMK Gombak Setia. ini adalah acara tahunan bagi mencapai objektif sekolah untuk mewujudkan kawasan yang selamat, ceria, bersih dan kondusif. Selain itu acara ini juga dapat meningkatkan semangat kerjasama di kalangan murid , guru, dan ibu bapa dalam memastikan kebersihan, keselamatan seluruh warga SMK Gombak Setia