Sumber: dakwahdantarbiah.com SIFAT pertama yang perlu ada pada setiap pelajar dalam memelihara adab terhadap guru ialah menghormati guru. Guru wajib dihormati kerana kedudukannya yang menyampaikan ilmu kepada pelajar. Pelajar juga wajib menghormati guru kerana kedudukan pelajar yang menerima ilmu darinya. Daripada Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam pernah bersabda bermaksud: Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu ketenangan dan kesopanan dan rendahkanlah dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya. (Riwayat Ath-Thabrani) Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam juga mengingatkan akan hak pelajar terhadap guru dalam sabda baginda, bermaksud: Tidak termasuk umatku orang yang tidak mengagungkan orang besar dari kami, tidak mengasihi orang kecil d...