Bengkel “Games Development” memupuk minat E-Games

Tahniah diucapkan kepada 2 wakil murid SMK Gombak Setia yang telah dinobatkan sebagai Peserta terbaik dari 60 peserta Negeri Selangor dalam pembikinan pembangunan permainan (games development). Bengkel ini telah diadakan di Kolej Komuniti Selayang dan hasil usaha sama MDEC dan juga JPN selangor.

Muhammad Adam Dan Muhammad Danial telah dipilih oleh pihak KKSY dan MDEC sebagai peserta terbaik dalam pembikinan pembangunan permainan (games development).