SKUAD ELIT SEPAK TAKRAW : PENINGKATAN YANG MEMBANGGAKAN

Berikan rating (star) untuk artikel ini

(jumlah 13 undian)
Saiz Font: Decrease font Enlarge font
image

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD GOMBAK 2016 (TUMPAS DENGAN REGU JOHAN) 25 hingga 27 Januari 2016 telah berlangsungnya Kejohanan Sepak Takraw MSSD Gombak 2016 bertempat di SMK Taman Melawati Hulu Kelang. SMK Gombak Setia telah menghantar 4 regu bagi kategori bawah 15 tahun dan satu regu kategori bawah 18 tahun.

Bagi kategori bawah 15 tahun,

Regu A SMK Gombak Setia

Muhd Qayyum (1 Intan-Pelibas)

 Muhd Hakimi (1 Berlian-Tekong)

Nazri Nordin (1 Intan-Pengumpan)

Muhd Hazril dari (1 Ametis -  pemain gentian)

Regu B SMK Gombak Setia

Muhd Nasrullah (2 Nilam-Pelibas)

Muhd Shahriman (2 Zirkonia-Tekong)

Amir Hakim (3 Berlian-Pengumpan)

Abdullah Fadzeely (2 Delima -pemain gentian)

Regu C SMK Gombak Setia

Muhd Rafiq Izzuddin (3 Nilam - Pelibas)

Ahmad Fahmi (2 Geliga-Tekong)

Abdul Halim (3 Berlian- Pengumpan)

Muhd Ifwat (3 Nilam)

Muhd Mifdal (2 Nilam   pemain gentian)

Regu D SMK Gombak Setia

Muhd Amirul (2 Kuarza-Pelibas)

Muhd Mahzuzi (3 Permata-Tekong)

Muhd Amjad (2 Nilam-Pengumpan)

Syahir Iqbal (2 Nilam-Pemain gantian)

 Beberapa pencapaian yang boleh dibanggakan kepada pemain-pemain ini ialah apabila regu A yang terdiri dari pemain pelapis(pelajar tingkatan 1) berjaya membawa perlawanan hingga ke set 3 apabila bertemu dengan regu terbaik SMK Bukit Gading. Kedua, dari 4 regu yang masuk bertanding 3 darinya mara ke pusingan kedua iaitu regu B,C dan D. Hal ini amat membanggakan kerana selama 7 tahun, SMK Gombak Setia tidak masuk ke pusingan kedua. Hanya mampu bergelar naib johan kumpulan setiap tahun yang tidak boleh mara ke pusingan kalah keluar. Ketiga, dari 3 regu yang mara ke pusingan kedua, satu telah berjaya ke peringkat suku akhir iaitu regu B, namun tumpas apabila bertemu dengan SMK Taman Selayang yang merupakan Johan bagi tahun ini. Sungguh sasaran tahun ini yang diletakkan oleh jurulatihnya Cikgu Syazmir tidak tercapai. Namun ada banyak perkara yang boleh dibanggakan dengan peningkatan prestasi yang sangat baik dari para pemain. Memetik ulasan dari bekas Jurulatih Bawah 18 tahun Daerah Gombak yang juga Ketua Pengadil bagi kejohanan tersebut, Encik Norazman Sabu, “masa depan sepak takraw di SMK Gombak Setia akan mula cerah tidak lama lagi. Teruskan usaha dan tahniah atas pencapaian ini.”

Bagi kategori bawah 18 tahun

Abdul Raheem (5 Al-farabi-Pelibas)

Muhd Kamarul (5 Al-farabi-Tekong)

Muhd Zulhilimie (4 Ibnu Batuta-Pengumpan)

 Bagi kategori bawah 18, pasukan hanya berjaya menjadi naib johan kumpulan bagi tahun ini.

  • email Email kepada rakan
  • print Versi cetak
  • Add to your del.icio.us del.icio.us
  • Digg this story Digg thisx

Hantar pendapat anda comment Pendapat (0 dihantar)

Powered By CONNECT.TEAM| All Right Reserved Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia (SMKGS)