SIHAT GEMPAK

Berikan rating (star) untuk artikel ini

(jumlah 10 undian)
Saiz Font: Decrease font Enlarge font
image

SMKGS, 18 OGOS 2015 - Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKGS telah berjaya melaksanakan program pendidikan kesihatan dengan kerjasama Kolej Sains Perubatan Antarabangsa PUSRAWI Sdn. Bhd. (PICOMS) yang bertemakan SIHAT GEMPAK. Beberapa aktiviti disediakan khususnya untuk staf, guru-guru dan pelajar-pelajar SMKGS. 

   Pihak PICOMS telah mengadakan pemeriksaan kesihatan untuk staf dan guru-guru secara percuma dan juga pendidikan kesihatan. Pemeriksaan dilakukan oleh pelajar Diploma Pembantu Perubatan PICOMS sendiri. Ramai guru-guru turun untuk turut serta termasuklah Pengetua SMKGS sendiri, Pn Hjh Maimun Bte Ahmad (gambar) yang turut sama membuat pemeriksaan kesihatan.

   Pihak PICOMS juga menyediakan aktiviti berkumpulan untuk pelajar-pelajar SMKGs. Aktiviti yang dijalankan berbentuk kesihatan. Antaranya ialah explore race 'runningman' dan persembahan pelajar yang bertemakan penyakit dan cara mengelakkannya. Program di akhiri dengan penyampaian hadiah untuk aktiviti berkumpulan yang telah  dijalankan.

   Jalinan mesra antara SMKGS dan PICOMS diharap berkekalan dan dapat meneruskan program seumpama ini di tahun-tahun yang mendatang.

HIDUP SIHAT

KELUARGA BAHAGIA

  • email Email kepada rakan
  • print Versi cetak
  • Add to your del.icio.us del.icio.us
  • Digg this story Digg thisx

Hantar pendapat anda comment Pendapat (0 dihantar)

Powered By CONNECT.TEAM| All Right Reserved Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia (SMKGS)