PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 2015

Berikan rating (star) untuk artikel ini

(jumlah 6 undian)
Saiz Font: Decrease font Enlarge font
image

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Program Gotong Royong Perdana SMKGS telah diadakan pada 28 Mac 2015. Program Gotong-Royong Perdana ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama semua pihak yang terdiri daripada guru-guru, pelajar-pelajar, dan kakitangan sekolah serta para ibu bapa. Kawasan pembersihan meliputi seluruh kawasan sekolah yang dibahagikan kepada beberapa kawasan tertentu. Program ini dimulakan dengan sesi taklimat oleh En Bani bin Buang seawal jam 8.00 pagi. Semua murid, guru, kakitangan dan para ibu bapa dikumpulkan di Dataran Gemilang Setia bagi mendengar sesi taklimat ringkas tersebut.Setelah mendapat penerangan, tentang kawasan masing-masing, semua bergerak ke kawasan kerja masing-masing.Turut serta dalam program gotong royong ini beberapa wakil AJK PIBG dan beberapa orang wakil ibu bapa pelajar. Program ini berlangsung dengan jayanya dan berakhir kira-kira jam 1.00 petang.

  • email Email kepada rakan
  • print Versi cetak
  • Add to your del.icio.us del.icio.us
  • Digg this story Digg thisx

Hantar pendapat anda comment Pendapat (0 dihantar)

Powered By CONNECT.TEAM| All Right Reserved Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia (SMKGS)