Lawatan Antarabangsa Koperasi ke Tokyo, Jepun

Berikan rating (star) untuk artikel ini

(jumlah 14 undian)
Saiz Font: Decrease font Enlarge font
image


Koperasi SMK Gombak Setia Berhad diwakili Oleh Puan Hajah Maimun Ahmad, Puan Inche Marinah, Puan Aminah dan Cik Nur Shafezah telah mewakili koperasi untuk menyertai Lawatan Antarabangsa ke Tokyo, Jepun. Seramai lebih kurang 25 orang delegasi yang mewakili koperasi sekolah Negeri Selangor. Lawatan ini telah berlangsung selama 5 hari iaitu pada 4 -  8 April 2015.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah ketika di Gunung Fuji kami dapat melihat dan merasai kebesaran Allah SWT, salji di musim bunga. Di Taman Bunga Sakura kami dapat melihat bagaimana masyarakat Jepun menghayati keindahan Bunga Sakura dengan berkelah makan tengahari di bawah pepohan pokok sakura. Kami juga dibawa melawat Masjid yang terdapat di Tokyo, Jepun yang diuruskan oleh orang Jepun yang beragama Islam disana.

Kami disambut mesra apabila tiba di Ibupejabat Univ-Coop. Kami dipersembahkan dengan multimedia yang menceritakan tentang pengurusan dan perniagaan yang dijalankan oleh koperasi mereka. Kami juga berpeluang bertanya mengenai kejayaan meraka dan berkongsi pengalaman dalam kami menguruskan koperasi sekolah. Kami diberi peluang untuk melintas jalan di Shibuya Crossing iaitu kawasan melintas jalan yang paling sibuk di dunia. Memandangkan kebanyakan masyarakat Jepun gemar menggunakan kenderaan awam untuk menjalankan aktiviti harian mereka, melihat lautan manusia melintas jalan di Shibuya Crossing adalah suatu yang tidak mustahil.

Satu pengalaman lagi yang kami tidak dapat lupakan ketika berada di Jepun ialah budaya yang cintakan kebersihan yang diamalkan masyarakat Jepun. Keadaan Bandaraya Jepun yang bersih dan kadar jenayah yang paling rendah menjadikan Jepun adalah salah satu tempat lawatan yang menarik untuk dilawati. Tokyo terkenal dengan Kota Anime, ketika kami ke Tokyo Disneyland kami dapat melihat remaja-remaja di Jepun memperagakan fesyen mengikut Anime yang mereka suka. Antara tempat lawatan yang dilawati ialah Gunung Fuji, Shibuya Crossing, Tokyo Disneyland, Ibupejabat Univ – Coop, Taman Bunga Sakura, Ueno, Asakusa dan Masjid Jepun.




  • email Email kepada rakan
  • print Versi cetak
  • Add to your del.icio.us del.icio.us
  • Digg this story Digg thisx

Hantar pendapat anda comment Pendapat (0 dihantar)

Powered By CONNECT.TEAM| All Right Reserved Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia (SMKGS)