Pertandingan Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah

Berikan rating (star) untuk artikel ini

(jumlah 8 undian)
Saiz Font: Decrease font Enlarge font
image

Pertandingan ini berlangsung pada 10 – 12 Oktober 2015 di Hotel Bayview, Melaka. Koperasi SMK Gombak Setia telah berjaya meraih 4 Anugerah yang telah dipertandingkan. Antaranya ialah Naib Johan Produk Terbaik, Johan Pengurus Projek Terbaik, Johan Persembahan Terbaik dan Tempat Ketiga Guru Pembimbing Terbaik. Koperasi SMK Gombak Setia Berhad telah berjaya membawa pulang RM 16, 000.


Koperasi SMK Gombak Setia Berhad telah menghantar Syarikat Handmade Book Production dengan mempertaruhkan buku jahitan tangan. Produk kebanggaan H.M.B Production ini dihasilkan sendiri oleh ahli syarikat yang dianggotai oleh 4 orang pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 2. Tercetusnya idea untuk menghasilkan produk ini ialah dari seorang ALK Pelajar Koperasi SMK Gombak Setia Berhad, Nur Hidayati Sitri. Manakala Pengurus Projek Terbaik telah dimenangi oleh Mohammad Zahiruddin Fakhrusy Syakirin b Zuhri. Kewibawaan pelajar Tingkatan 3 ini ketika menjawab soalan ketika  sesi temudaga telah berjaya menambat hati juri untuk memilih beliau sebagai Pengurus Projek Terbaik.


Kepetahan dan kelancaran ahli-ahli syarikat ketika membentangkan laporan projek syarikat melayakkan H.M.B Production meraih Anugerah Persembahan Terbaik. Persembahan mereka tidak hanya menggunakan persembahan multimedia, gimik pengumuman pulangan atas modal juga berjaya membuatkan penonton terpegun. Akhir sekali, Guru Pembimbing terbaik telah dimenangi oleh Cik Nur Shafezah bt Mohammad Fauzi kerana berjaya membimbing syarikat H.M.B Production dengan baik. Tahniah.

  • email Email kepada rakan
  • print Versi cetak
  • Add to your del.icio.us del.icio.us
  • Digg this story Digg thisx

Hantar pendapat anda comment Pendapat (0 dihantar)

Powered By CONNECT.TEAM| All Right Reserved Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia (SMKGS)