MAJLIS PERSARAAN YOUNG MOOK LAI

Berikan rating (star) untuk artikel ini

(jumlah 13 undian)
Saiz Font: Decrease font Enlarge font
image

      CIK YOUNG MOOK LAI dilahirkan pada 8 Februari 1960 di Seremban, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan awal di SR Convent, Seremban. Kemudian beliau mendapat pendidikan di SM Convent Seremban sebelum menyambung pengajian beliau dia tingkatan 6 SM King George V Seremban. Cik Young berjaya melangkah ke Universiti Malaya UM dan mendapat Ijazah B.A. (Hons) dan kemudian mendapat diploma Pendidikan di universiti yang sama.

      Semasa beliau berada di alam persekolahan menengah beliau telah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang pendidik. Beliau sangat menghormati semua guru di sekolahnya. Minatnya yang sungguh murni untuk menjadi seorang guru bemula semenjak beliau mengenali guru tingkatan beliau Mrs. Chapman.

      Memulakan tugas sebagai seorang pendidik di negeri Melaka bermula dari tahun 1985 hingga 1991. Kemudian beliau berpindah ke negeri Selangor. SMK Gombak Setia merupakan sekolah kedua beliau sejak tahun 1992 sehingga ke hari persaraan beliau. 24 tahun beliau telah mencurahkan tenaga, masa dan juga wang ringgit untuk melahirkan pelajar yang berguna untuk negara, bangsa dan agama. 

     Kami semua warga SMKGS mengucapkan jutaan terima kasih atas segala sumbangan dan jasa yang baik CIK YOUNG MOOK LAI.

TINGGI BUKIT GILANG-GEMILANG,

AIR LAUT TENANG-TANANGAN,

BUDI SEDIKIT TIDAKKAN HILANG,

IA MENJADI KENANG-KENANGANG.

            TENANGLAH TENANG AIR DI LAUT,

            SAMPAN KOLEK MUDIK KE TANJUNG,

            HATI TERKENANG MULUT MENYEBUT,

            BUDI YANG BAIK RASA NAK JUNJUNG.

RAUT WAJAH DAMAI DAN TENANG,

TIADA TERKALAM KASIH DIJUNJUNG,

JASA BAKTIMU TETAP DIKENANG,

BUDI BAIKMU TETAP DISANJUNG.

  • email Email kepada rakan
  • print Versi cetak
  • Add to your del.icio.us del.icio.us
  • Digg this story Digg thisx

Hantar pendapat anda comment Pendapat (0 dihantar)

Powered By CONNECT.TEAM| All Right Reserved Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia (SMKGS)