Assalamualaikum

Berikan rating (star) untuk artikel ini

(jumlah 14 undian)
Saiz Font: Decrease font Enlarge font
image

Assalamualaikum . Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya sebagai pengetua  dan mewakili barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar SMK Gombak Setia ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Era dan tranformasi pendidikan alaf ke-21 merupakan arus perubahan di mana guru dan pelajar akan sama-sama memainkan peranan aktif dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Peranan guru bukan lagi sebagai dewa tapi sebagai fasilitator aktif bagi mencungkil potensi yang ada dalam diri pelajar. Pengetahuan, kemahiran dan pengalaman guru diintegrasikan bagi membina satu pengajaran yang mantap bagi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti dan bersikap proaktif untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini. Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus berada di puncak kegemilangan.

 

 

  • email Email kepada rakan
  • print Versi cetak
  • Add to your del.icio.us del.icio.us
  • Digg this story Digg thisx

Hantar pendapat anda comment Pendapat (0 dihantar)

Powered By CONNECT.TEAM| All Right Reserved Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia (SMKGS)