81 pelajar dirai anugerah kecemerlangan DUN Gombak

Berikan rating (star) untuk artikel ini

(jumlah 26 undian)
Saiz Font: Decrease font Enlarge font
image

GOMBAK, 22 JUN: Seramai 81 pelajar dirai dalam Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Cemerlang Peringkat DUN Gombak Setia bagi Tahun 2014 anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Gombak Setia dengan kerjasama Lujnah Pendidikan PAS kawasan Gombak.

Penghargaan itu telah disampaikan oleh Adun Gombak Setia, Ustaz Hasbullah Ridzwan.

Penyampaian sijil penghargaan dan wang saguhati itu sebagai tanda mengiktiraf usaha dan kejayaan yang telah dikecapi oleh pelajar-pelajar di DUN Gombak Setia terutama dalam keputusan peperiksaan PMR, SPM, STAM dan STPM pada tahun 2013.

Dalam pada itu, Hasbullah Ridzwan berkata, kejayaan pelajar adalah bukan sahaja usaha pelajar tetapi juga ibubapa.

“Kejayaan pelajar-pelajar bukan sahaja datang daripada usaha keras guru ataupun pelajar, tetapi juga sokongan dan komitmen ibu bapa serta doa yang tidak putus-putus memastikan kejayaan anak-anak mereka,” katanya.

Majlis itu bukan sahaja mengiktiraf pelajar yang mendapat keputusan cemerlang namun secara tidak langsung menyuntik semangat pelajar lain untuk terus berusaha mendapat keputusan yang cemerlang kelak.

Hasbullah juga menggesa semua pelajar supaya meneruskan lagi kejayaan dalam pelajaran dan bidang yang akan diceburi dalam masa akan datang dan kejayaan itu tidak terhenti setakat itu sahaja.

Hadir sama ketua kampung dan ahli majlis untuk memeriahkan majlis.

 

  • email Email kepada rakan
  • print Versi cetak
  • Add to your del.icio.us del.icio.us
  • Digg this story Digg thisx

Hantar pendapat anda comment Pendapat (0 dihantar)

Powered By CONNECT.TEAM| All Right Reserved Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia (SMKGS)