PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU SPM

Berikan rating (star) untuk artikel ini

(jumlah 11 undian)
Saiz Font: Decrease font Enlarge font
image

SMKGS, 14-16 OGOS 2015 - Seramai 263 pelajar tingkatan 5 telah menyertai Program Perkampungan Ilmu SPM pada 14 Ogos hingga 16 Ogos 2015 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Program Perkampungan Ilmu. Program ini dijadikan platfom untuk menyemarakkan semangat pelajar sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM. Sebanyak 13 mata pelajaran telah diberikan penekanan mengikut aliran. Pelajar menghadapi pembelajaran seawal pukul 7:30 pagi hingga pukul 10.00 malam. Pelajar dibahagikan dalam kelompok kecil semasa proses ulang kaji. Ada bengkel menjawab soalan, penggunaan modul, ceramah, kelas pemulihan bagi kelompok pelajar yang kecil bilangannya, dan teknik penggunaan buku teks serta peta minda diberikan oleh guru smkgs atau penceramah jemputan. Tempoh ulang kaji bagi setiap pelajaran ialah 2 jam 30 minit. Solat berjemaah, khususnya solat taubat, solat tahajud dan solat hajat yang diimamkan oleh Ustaz Abdullah Zuhdi turut diadakan pada pagi Sabtu, di sampung sesi riadah pagi.  Rata-rata pelajar berpendapat bahawa program ini amat bermanfaat sekali gus membina momentum belajar dalam kalangan pelajar.  Semoga program ini mampu merealisasikan harapan pihak sekolah yang mengharapkan kecemerlangan prestasi akademik pelajar smkgs 2015. Insya-Allah.

  • email Email kepada rakan
  • print Versi cetak
  • Add to your del.icio.us del.icio.us
  • Digg this story Digg thisx

Hantar pendapat anda comment Pendapat (0 dihantar)

Powered By CONNECT.TEAM| All Right Reserved Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia (SMKGS)