KURSUS SEHARI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN KOKURIKULUM

Berikan rating (star) untuk artikel ini

(jumlah 10 undian)
Saiz Font: Decrease font Enlarge font
image

SMKGS, 31 JANUARI 2015 -Kursus ini diadakan bagi menekankan aspek kepimpinan dalam kalangan pelajar. Cetusan idea dan tuntutan rasa tanggungjawab untuk melahirkan pelajar yang boleh mengurus, memimpin dan mempunyai daya kepimpinan bagi melahirkan anak bangsa dan generasi yang bermatlamat dan berwawasan yang bakal mengisi kekosongan barisan kepimpinan di masa hadapan. 

         Selain itu, kursus ini diharapkan dapat memberikan satu suntikan semangat di kalangan     pemimpin persatuan khasnya bagi menjalankan tugas mengurus  dengan dedikasi dan penuh rasa tanggungjawab. Secara keseluruhannya kursus ini diharapkan dapat memberikan satu pengalaman berharga dari aspek kepimpinan,pengurusan dan tugas-tugas dalam  kalangan pemimpin sekolah untuk lebih bertenaga, bersemangat dan bermotivasi di masa hadapan.

         Diharapkan juga melalui kursus kepimpinan ini pelajar-pelajar akan dapat memahami dengan lebih jelas tentang kepimpinan dan juga dapat menjadikan kepimpinan Rasulullah s.a.w sebagai model yang paling baik untuk dicontohi dan diteladani. Sesuai dengan maksud Al-Quran:

 ‘’Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik ‘’

(Al-Ahzab ayat 31)

  • email Email kepada rakan
  • print Versi cetak
  • Add to your del.icio.us del.icio.us
  • Digg this story Digg thisx

Hantar pendapat anda comment Pendapat (0 dihantar)

Powered By CONNECT.TEAM| All Right Reserved Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia (SMKGS)