KHIDMAT MASYARAKAT HIDUP BERMASYARAKAT PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR MEMBERSIHKAN SUNGAI

Berikan rating (star) untuk artikel ini

(jumlah 11 undian)
Saiz Font: Decrease font Enlarge font
image TAMAN REKREASI EMPANGAN KLANG GATE, 26 APRIL 2015 -  Program Khidmat Masyarakat  ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh unit Kokurikulum SMK Gombak Setia dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), AADK, ProLintas  dan Puncak Niaga. Di samping itu program ini juga merupakan rangkuman daripada mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tingkatan 3 iaitu di bawah tajuk Hidup Bermasyarakat, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Kepekaan dan tindakan terhadap isu dan masalah alam sekitar melibatkan aspek bumi hijau, kesihatan dan kebersihan. Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilandan berkeperibadian yang unggul.  Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor  yang  dapat  membantu  memenuhi  perlaksanaan  matlamat  tersebut.  Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan.
  • email Email kepada rakan
  • print Versi cetak
  • Add to your del.icio.us del.icio.us
  • Digg this story Digg thisx

Hantar pendapat anda comment Pendapat (0 dihantar)

Powered By CONNECT.TEAM| All Right Reserved Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia (SMKGS)