Pemantauan kantin sekolah

Berikan rating (star) untuk artikel ini

(jumlah 0 undian)
Saiz Font: Decrease font Enlarge font
image

Kantin merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah sebagai tempat untuk warga sekolah khususnya murid untuk beristirehat pada waktu rehat. Di sini murid akan mendapatkan makanan dan minuman yang disediakan dengan harga yang berpatutan. Pengusaha kantin yang dilantik oleh pihak sekolah harus menyediakan perkhidmatan yang baik kepada pelanggannya dari kalangan warga sekolah. Persekitaran kantin yang bersih dan kondusif juga memainkan peranan penting selain cara penyediaan makanan yang mengikut prosuder dan speksifikasi yang disarankan oleh pihak sekolah.

Pada hari Khamis, 20 Februari 2020, pegawai daripada Pejabat Kesihatan DaerahGombak telah hadir membuat pemantauan ke kantin SMKGS untuk meninjau pengurusan premis penyediaan makanan. Untuk tinjauan ke atas premis penyediaan makanan ia merangkumi kantin sekolah dan dapur.Ia merupakan pemantauan berkala secara tahunan. Pemantauan yang dijalankan ini bertujuan bagi memastikan proses penyediaan makanan dilakukan mengikut prosuder yang betul selain memastikan kebersihan kantin berada di tahap yang memuaskan.

  • email Email kepada rakan
  • print Versi cetak
  • Add to your del.icio.us del.icio.us
  • Digg this story Digg thisx

Hantar pendapat anda comment Pendapat (0 dihantar)

Powered By CONNECT.TEAM| All Right Reserved Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia (SMKGS)